KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
Pendahuluan
Hidup manusia dibumi ini bukanlah
suatu kehidupan yang tidak mempunyai tujuan dan matlamat dan bukanlah mereka
boleh melakukan sesuatu mengikut kehendak perasaan dan keinginan tanpa ada
batas dan tanggungjawab.
Tetapi
penciptaan makhluk manusia di bumi ini adalah mempunyai suatu tujuan dan tugas
risalah yang telah ditentu dan ditetapkan oleh Allah Tuhan yang menciptanya.
Tugas dan
tanggungjawab manusia sebenarnya telah nyata dan begitu jelas sebagaimana
terkandung di dalam al-Quran iaitu tugas melaksanakan ibadah mengabdikan diri
kepada Allah dan tugas sebagai khalifah-Nya dalam makna mentadbir dan mengurus
bumi ini mengikut undang-undang Allah dan peraturan- Nya. Firman Allah swt.
maksudnya:
“Dan Aku Tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan supaya mereka beribadah (menyembah) kepada Ku”. (Az-Zaariyaat: 56)
Firman Allah
swt. bermaksud:
“Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah
(penguasa-penguasa) di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas
sebaha-gian (yang lain) beberapa darjat untuk mengujimu tentang apa yang
diberikan-Nya kepadamu”. (al-An’aam: 165)
Tugas sebagai khalifah Allah ialah
memakmurkan bumi ini dengan mentadbir serta mengurusnya dengan peraturan dan
undang-undang Allah. Tugas beribadah dan mengabdi diri kepada Allah dalam
rangka melaksanakan segala aktiviti pengurusan bumi ini yang tidak terkeluar
dari garis panduan yang datang dari Allah swt. dan dikerjakan segala kegiatan
pengurusan itu dengan perasaan ikhlas kerana mencari kebahagian dunia dan
akhirat serta keredaan Allah.
Allah swt. telah menyediakan garis
panduan yang lurus dan tepat kepada manusia dalam rangka pengurusan ini. Allah
dengan rasa kasih sayang yang bersangatan kepada manusia diturunkannya para
rasul dan bersamanya garis panduan yang diwahyukan dengan tujuan supaya manusia
itu boleh mengurus diri mereka dengan pengurusan yang lebih sempurna dan
bertujuan supaya manusia itu dapat hidup sejahtera dunia dan akhirat.
Pengertian
Ibadah
Kalimat ibadah
berasal daripada kalimat `abdun’. Ibadah dari segi bahasa bererti patuh, taat,
setia, tunduk, menyembah dan memperhambakan diri kepada sesuatu.
Dari segi
istilah agama Islam pula ialah tindakan, menurut, mengikut dan mengikat diri
dengan sepenuhnya kepada segala perkara yang disyariatkan oleh Allah dan
diserukan oleh para Rasul-Nya, sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan.
Ibnu Taimiah
pula memberi takrif Ibadah, iaitu nama bagi sesuatu yang disukai dan kasihi
oleh Allah swt.
Perintah Allah
dan Rasul-Nya ini hendaklah ditunaikan dengan perasaan penuh sedar, kasih dan
cinta kepada Allah, bukan kerana terpaksa atau kerana yang lain dari cintakan
kepada-Nya.
Para Nabi dan
Rasul merupakan hamba Allah yang terbaik dan sentiasa melaksanakan ibadah
dengan penuh kesempurnaan di mana setiap arahan Tuhannya, mereka patuhi dengan
penuh perasaan cinta dan kasih serta mengharap keredaan dari Tuhannya. Mereka
menjadi contoh teladan yang paling baik kepada kita semua dalam setiap
pekerjaan dan amalan sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Quran itu sendiri.
Firman Allah
swt. maksudnya:
“Sesungghnya bagi mu, apa yang ada pada
diri Rasulullah itu contoh yang paling baik”. (al-Ahzab: 21)
Sesetengah ulama
mengatakan bahawa perhambaan (ibadah) kepada Allah hendaklah disertai dengan
perasaan cinta serta takut kepada Allah swt. dan hati yang sihat dan sejahtera
tidak merasa sesuatu yang lebih manis, lebih lazat, lebih seronok dari
kemanisan iman yang lahir dari pengabdian (ibadah) kepada Allah swt. Dengan ini
maka akan bertautlah hatinya kepada Allah dalam keadaan gemar dan reda terhadap
setiap perintah serta mengharapkan supaya Allah menerima amalan yang dikerjakan
dan merasa bimbang serta takut kalau-kalau amalan tidak sempurna dan tidak
diterima oleh Allah seperti yang ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:
“(Ia itu) Oran yang takut kepada Tuhan
yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan
hati yang bertaubat”. (Qaf: 33)
Orang yang memperhambakan dirinya
(beribadah) kepada Allah mereka akan sentiasa patuh dan tunduk kepada kehendak
dan arahan Tuhannya, sama ada dalam perkara yang ia suka atau yang ia tidak
suka dan mereka mencintai dan mengasihi Allah dan Rasul-Nya lebih dari yang
lain-lainnya. Mereka mengasihi makhluk yang lain hanyalah kerana Allah
semata-mata, tidak kerana yang lain Kasihkan kepada Rasulullah saw. pula kerana
ia membawa Risalah Islam, cintakan kepada Rasulullah saw. hendaklah mengikuti
sunahnya sebagaimana firman Allah swt. maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya
kamu kasihkan Allah maka ikutilah aku (pengajaranku) nescaya Allah akan
mengasihi kamu dan mengampunkan dosa- dosa kamu”. (Al-Imran: 31)
Dan andainya
kecintaan kamu kepada selain Allah dan Rasul-Nya itu mengatasi dan melebihi
dari kencintaan dan kasih kepada yang lain; Allah akan turunkan keseksaan-Nya
kepada manusia yang telah meyimpang dari ketentuan-Nya. Firman Allah swt.
maksudnya:
“Katakanlah (Muhammad) jika ibu bapa
kamu, anak-anak kamu, saudara mara kamu, suami isteri kamu, kaum keluarga kamu,
harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbangkan kerugiannya,
dan rumahtangga yang kamu sukai itu lebih kamu kasihi daripada Allah dan
Rasul-Nya serta berjihad untuk agama Allah, maka tunggulah (kesiksaan yang akan
didatangkan) oleh Allah. Dan Allah tidak memberi hidayah kepada orang-orang
fasik”. (At-Taubah: 24)
Ruang lingkup
Ibadah dan Hubunganya dengan kehidupan
Sebgaimana yang dijelaskan di atas
nyatalah ibadah itu itu bukanlah sesempit apa yang difahami oleh sebahagian
dari kalangan manusia yang tidak dapat memahami kesempurnaan Islam itu sendiri
di mana pada anggapan mereka Islam itu hanya suatu perbicaraan pasal akhirat
(mati) dan melakukan beberapa jenis ibadah persendirian tidak lebih dari itu.
Begitu juga bila disebut ibadah apa yang tergambar hanyalah masjid, tikar
sembahyang, puasa, surau, tahlil, membaca al-Quran, doa, zikir dan sebagainya
iaitu kefahaman sempit disekitar ibadah-ibadah khusus dan ritual sahaja tidak
lebih dari itu. Kefahaman seperti ini adalah akibat dari serangan fahaman
Sekular yang telah berakar umbi ke dalam jiwa sebahagian dari kalangan
orang-orang Islam.
Islam adalah suatu cara hidup yang
lengkap dan sempurna, yang merangkumi semua bidang kehidupan dunia dan akhirat,
di mana dunia merupakan tanaman atau ladang yang hasil serta keuntungannya akan
dituai dan dinikmati pada hari akhirat kelak.
Ibadah dalam Islam meliputi semua
urusan kehidupan yang mempunyai paduan yang erat dalam semua lapangan hidup
dunia dan akhirat, tidak ada pemisahan antara kerja-kerja mencari kehidupan di
muka bumi ini dan hubungannya dengan balasan akhirat. Islam mengajarkan kepada
kita setiap apa juga amalan yang dilakukan oleh manusia ada nilai dan balasan
sama ada pahala atau siksa. Inilah keindahan Islam yang disebut sebagai ad-Deen
yang lengkap sebagai suatu sistem hidup yang boleh memberi kesejahteraan hidup
penganutnya di dunia dan di akhirat.
Dengan kata lain setiap amalan atau
pekerjaan yang membawa manfaat kepada individu dan masyarakat selama ia tidak
bercanggah dengan syarak jika sekiranya ia memenuhi syarat-syaratnya, seperti
dikerjakan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata bukan kerana mencari
kepentingan dan mencari nama serta ada niat mengharapkan balasan dari manusia
atau ingin mendapat pujian dan sanjungan dari manusia; maka amalan-amalan yang
demikian akan mejadi ibadah yang diberi pahala di sisi Allah swt di akhirat
kelak, insya’-Allah.
Berdasarkan kepada konsep ibadah
tersebut maka setiap perbuatan pertolongan baik kepada orang lain seperti
membantu orang sakit, tolong merengankan beban dan kesukaran hidup orang lain,
memenuhi keperluannya, menolong orang yang teraniaya, mengajar dan membimbing
orang yang jahil adalah ibadah.
Termasuk juga dalam makna ibadah
ialah setiap perbuatan, perkataan manusia zahir dan batin yang disukai dan diredai
oleh Allah swt. Bercakap benar, taat kepada ibu bapa, amanah, menepati janji,
berakata benar, memenuhi hajat keperluan orang lain adalah iabadah.
Menuntut ilmu, menyuruh perkara
kebaikan dan mencegah segala kejahatan, berjihad, memberi pertolongan kepada
sesama manusia, dan kepada binatang, berdoa, puasa, sembahyang, membaca
al-Quran semuanya itu juga adalah sebahagian dari ibadah.
Begitu juga termasuk dalam
pengertian ibadah cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, melaksanakan hukum-hukum
Allah, sabar menerima ujian, bersyukur menerima nikmat, reda terhadap qadha’
dan qadar-Nya dan banyak lagi kegiatan dan tindakan manusia yang termasuk dalam
bidang ibadah.
Kesimpulannya ruanglingkup ibadah
dalam Islam adalah terlalu terlalu luas yang merangkumi semua jenis amalan dan
syiar Islam dari perkara yang sekecil-kecilnya seperti cara makan, minum dan
masuk ketandas hinggalah kerja-kerja menguruskan kewangan dan pentadbiran
negara semuanya adalah dalam makna dan pengertian ibadah dalam artikata yang
luas apabila semuanya itu dikerjakan dengan sebaik-baiknya dengan menurut adab
dan peraturan serta memenuhi syarat-syaratnya.
Ibadah
Sebagai Sarana Hablu minallah dan Habu minannas
Setiap ibadah dalam Islam, apakah
itu shalat, membayar zakat, melaksanakan puasa, dan menunaikan haji, memiliki
dua demensi. Pertama, kegiatan ibadah dimaksudkan untuk memenuhi kewajiban atau
penggilan Allah SWT, dalam rangka hablum minallah. Kedua, ibadah yang
dilakukan oleh hamba Allah itu memiliki implikasi sosial. Dimensi kedua ini
menyaran pada implikasi hablum minallah terhadap hablum minannas.
Dalam dimensi kewajiban, ibadah
shalat (lima waktu), membayar zakat, menjalankan puasa, dan menunaikan haji
merupakan ibadah yang wajib hukumnya (fardlu ‘ain); artinya setiap muslim wajib
melaksanakan ibadah-ibadah itu, kecuali haji; ibadah haji wajib hukumnya bagi
seorang muslim yang mampu untuk menunaikannya.
Dalam ajaran Islam, ibadah shalat
merupakan ibadah yang sangat penting. Karena sangat pentingnya shalat, maka
shalat dipandang sebagai tiyang agama. Shalat, digariskan sebagai ibadah yang
mampu mencegah umat muslim dari perbuatan keji dan munkar, memiliki dimensi
sosial, antara lain, mendidik umat manusia untuk berlaku demokratis. Sewaktu
melaksanakan ibadah shalat berjamaah di mushalla atau masjid, antar kaum
muslimin tidak ada perbedaan; tidak ada perbedaan antara si kaya dan si miskin,
bawahan dan atasan, kaum elit dan rakyat biasa dan sebagainya. Seseorang yang
paling awal datang ke mushalla atau masjid untuk shalat berjamaah, dia memiliki
hak untuk menempatkan diri pada barisan terdepan. Implikasi sosial lebih lanjut
bisa dilihat bila seorang muslim kembali ke tengah-tengah masyarakat, dia akan
mendahulukan atau memperhatikan hak orang lain ketimbang hak yang dimilikinya.
Ini berarti bahwa dia tidak akan merasa menang sendiri; dia tidak akan merasa
pintar sendiri; dia tidak akan merasa benar sendiri, dia rame ing gawe sepi ing
pamrih (tidak melakukan korupsi dan manipulasi, karena dua perbuatan ini
mengarah kepada pengambilan sesuatu yang bukan menjadi haknya), dan sebagainya.
Demikian pula, ibadah puasa juga
mendidik kaum muslimin untuk tidak berpurba sangka (prejudice), tidak melakukan
pembedaan (discrimination), dan sejenisnya terhadap sesama umat manusia. Hal
ini didasarkan pada salah satu unsur puasa adalah menahan lapar dan dahaga.
Perasaan lapar dan dahaga merupakan masalah keseharian yang dihadapi oleh
orang-orang miskin, namun bukan menjadi masalah bagi orang-orang berada. Pada
tataran tertentu, seseorang yang berasal dari kelompok orang berada akan dapat
merasakan apa yang dirasakan oleh saudara-saudaranya yang berada di bawah garis
kemiskinan, yaitu perasaan lapar dan dahaga. Hal ini, sebenarnya, mengajarkan
pada umat manusia untuk tidak berpurbasangka, melakukan diskriminasi atau
pembedaan terhadap sesama umat.
Implikasi sosial yang dipancarkan
oleh ibadah zakat bisa timbul dari hikmah ibadah puasa. Seperti diketehui dan
dirasakan bahwa setiap orang yang berpuasa pasti mengalami rasa lapar dan
dahaga. Dengan mengalami sendiri bagaimana rasanya lapar dan dahaga sewaktu
berpuasa itu, maka orang-orang, katakanlah, dari kalangan kaya terlatih untuk
merasakan derita lapar dan dahaga sebagaimana yang dialami oleh golongan
fakir-miskin dalam hidup keseharian mereka. Ajaran ini diharapkan dapat
menimbulkan rasa belas kasihan dan sifat penyantun si kaya terhadap si miskin.
Pada waktu-waktu selepas puasa, diharapkan bahwa si kaya atas kemauannya
sendiri akan selalu mengulurkan tangan, memberikan pertolongan dan bantuan baik
secara material maupun non-material. Bantuan-bantuan itu bisa berupa infag,
sedekah dan zakat (materi) dan nasihat, dorongan moril dan sejenisnya
(non-materi). Dalam kehidupan bernegara, ajaran ini menggariskan kepada para
pemegang kekuasaan untuk mengarahkan segala kebijakan (ekonomi, politik, dan
sosial budaya, dan sebagainya) demi kepentingan orang banyak, khususnya orang
miskin, wong cilik bukan demi kepentingan untuk mencari popularitas dalam
rangka mempertahankan kekuasaan mereka.
Implikasi sosial yang terpancar dalam
ibadah haji, antara lain, adalah terciptanya persaudaraan sesama umat Islam
dari seluruh pelosok dunia dan sekaligus merupakan syiar Islam yang luar biasa.
Setiap musim haji tiba, sejumlah besar umat Islam yang berasal dari seluruh
penjuru dunia berbondong-bondong ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji.
Momen ibadah haji ini bisa dimanfaatkan sebagai syiar Islam dan sekaligus
sebagai sarana untuk menjalin persaudaraan sesama muslim sedunia. Usai
menunaikan ibadah haji, seorang muslim dapat memanfaatkan momen ibadah yang
telah dilaksanakan itu sebagai titik tolak untuk mengembangkan tali
persaudaraannya dengan sesama umat muslim, dengan umat sebangsa di tanah airnya
secara lebih baik.
Ibadah haji, sebagaimana dinyatakan
oleh Ustadz Fauzan Abidin merupakan ibadah yang dimaksudkan untuk mensucikan
diri dari: kotoran lahiriah, kotoran bathiniah, kotoran pikiran dan kotoran
sosial. (Radar Banjarmasin, 31 Januari). Seorang muslim yang telah menunaikan
ibadah haji berarti yang bersangkutan telah memenuhi lima rukun Islam. Dia
adalah seorang muslim yang telah tersucikan dari segala kotoran sebagaimana
dijelaskan oleh Ustadz tersebut.
Bila ibadah dalam kerangka hablum
minallah memiliki implikasi sosial (hablum minnas) yang positif, dan bila
nilai-nilai baik yang terkandung di dalamnya terpateri secara kukuh dan terpadu
dalam diri seorang muslim dan secara terus menerus diimplementasikan dalam
kehidupan bermasyarakat, berbangsa, dan bernegara maka Insya Allah berarti dia
adalah mukmin, muslim dan sekaligus muhsin.
Dalam ajaran Islam, hubungan antar
manusia (hablum minannas) yang terbimbing melalui ibadah (hablum minallah)
telah diatur secara sangat rapi. Dalam kerangka hubungan antar manusia, ajaran
Islam menggariskan pola persaudaraan sesama muslim ( ukhuwah al- Islamiyah atas
dasar al muslimu akhul muslim), persaudaraan sesama warga bangsa (ukhuwah al-
wathaniyah), dan persaudaraan sesama manusia (ukhuwah al-basyariyah). Dalam hal
ini, para mukminin, muslimin dan muhsinin yang telah menunaikan lima rukun Islam
(bukan hanya rukun Islam ke lima) menjadi harapan kita semua untuk menjadi
pelopor dalam mengemban ajaran Allah SWT, bahwa: “Islam adalah rahmat bagi
sekalian alam”, yang di samping dengan tetap menjalankan perintah dan menjauhi
larangan Allah SWT, secara sosial mereka akan senantiasa, antara lain, menjaga
kelestarian, keselarasan, keharmonisan di muka bumi ini.
Dominasi dalam arti positif ,
misalnya, dapat kita lihat dalam ajaran Islam di mana hubungan antar manusia
(hablum minannas) telah diatur sedemikian rapinya sehingga dominasi pihak yang
mayoritas, kuat, kaya, berpengaruh atau sejenisnya harus diupayakan menjadi hal
yang positif dan diridhai oleh Allah S.W.T. Dalam pandangan Islam, orang atau
kelompok orang yang dominan, kuat, kaya, atau berpengaruh bisa saja melakukan
dominasi tetapi harus dalam kerangka untuk melindungi atau mengayomi pihak lain
yang lemah. Orang kaya yang secara ekonomi dominan harus melindungi atau
mengayomi pihak yang miskin dengan cara memberikan sedekah, santunan, zakat,
pekerjaan atau sejenisnya. Dalam dunia kerja hubungan antara majikan dan buruh
dalam ajaran Islam tidak berimplikasi pada dominasi majikan terhadap buruh,
seperti yang diisyaratkan oleh sistem kelas model kapitalisme.
Seperti diuraikan di atas, ajaran
Islam menggariskan pola persaudaraan sesama muslim, persaudaraan sesama warga
bangsa, dan persaudaraan sesama manusia. Dengan demikian jikalau kaum muslimin
menjadi kekuatan yang dominan maka tidak ada alasan bagi mereka untuk melakukan
penindasan, penekanan, intimidasi, perampasan hak atau sejenisnya terhadap
kelompok lain yang lemah atau minoritas. Sebab, ajaran Islam menunjukkan bahwa
semua umat manusia di bumi ini, tanpa memandang rasa, suku dan agama, adalah
saudara.
Dalam pandangan
Islam, jikalau terjadi dominasi yang mengarah pada penindasan, intimidasi,
pemaksaan, perampasan hak dan sejenisnya, berarti di sana terjadi pula
pengingkaran terhadap ajaran Islam bahwa : “Islam adalah rahmat bagi sekalian
alam”, dan terhadap hakikat manusia sebagai Allah S.W.T, yang antara lain untuk
menjaga kelestarian, keselarasan, keharmonisan di muka bumi ini
Hubungan Iman
dan Amal
Iman bukanlah sekadar suatu
keyakinan dan pembenaran dalam hati terhadap apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad
saw. tetapi iman yang hakiki dan sebenar ialah merangkumi pembenaran dan
keyakinan di dalam hati, pengucapan di lidah serta melaksanakan amalan dengan
anggota badan iaitu melakukan amalan soleh, maka dengan ini dapatlah difahami
iman itu bukanlah sekadar ucapan lidah dan keyakinan dalam hati sahaja tetapi
amalan merupakan sebagai bukti kesempurnaan, keteguhan dan kemantapan iman
seseorang.
Imam al-Ghazali
menjelaskan dalam hubungan ini dengan katanya:
“Iman
itu ialah akidah, perkataan dan perbuatan”.
Dengan makna akidah itu sebagai
membenarkan dan mepercayai dengan hati kepada segala yang dibawa oleh Nabi
Muhammad saw. (perkara yang mudah (dharuri) dari agama). Perkataan adalah
sebagai ikrar dan pengakuan dengan lisan dan perbuatan adalah sebagai beramal
melaksanakan segala perintah Allah dengan anggota (badan yang lahir).
Hadis Rasulullah saw. menguatkan
adanya hubungan yang sangat erat di antara iman dan amal. dengan sabdanya
sebagai berikut: Sabda Rasulullah saw. maksudnya:
“Iman itu lebih dari enam puluh cabang;
yang paling tingginya La-Ilaaha-Illallaah dan dan yang paling rendahnya
membuang sampah dari tengah jalan”. (H.R.Bukhari)
Hadis ini menyatakan dengan jelas
perbuatan membuang sampah sebagai sebahagian dari iman. Ini bermkna iman itu
jelas bukan sekadar keyakinan dan kepercayaan dalam hati tetapi ia juga
merangkumi amal atau perbuatan manusia.
Pembagian
Ibadah
Untuk memudahkan bahasan dan
perbincangan kita berhubung dengan ibadah ini, ulamak-ulamak Islam membahagikan
ibadah kepada dua bahagian sebagai berikut:
1. Ibadah khusus
2. Ibadah Umum
Ibadah khusus ialah semua amalan
yang tercantum dalam bab al-Ibadaat yang utamanya ialah sembahyang, puasa,
zakat dan haji.
Ibadah Umum pula ialah segala amalan
dan segala perbuatan manusia serta gerak-geri dalam kegiatan hidup mereka yang
memenuhi syarat-syarat berikut:
1) Amalan yang
dikerjakan itu di akui oleh syarak dan sesuai dengan Islam.
2) Amalan
tersebut tidak bercanggah dengan syariat, tidak zalim, khianat dan sebagainya
3) Amalan
tersebut dikerjakan dengan niat ikhlas semata-mata keranaAllah swt. tidak riak,
ujub dan um’ah.
4) Amalan itu
hendaklah dikerjakan dengan sebaik-baiknya
5) Ketika
mengerjakan amalan tersebut tidak lalai atau mengabaikan kewajipan ibadah
khusus seperti sembahyang dan sebagainya.
Firman Allah
swt. maksudnya:
“Lelaki yang tidak dilalaikan mereka
oleh perniagaan atau jual beli dari mengingati Allah, mendirikan sembahyang dan
mengeluarkan zakat mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan
penglihatan menjadi goncang”. (An-Nur: 37)
Amalan-Amalan
yang Tidak Menjadi Ibadah
Dilihat dari syarat-syarat di atas,
nampaklah kepada kita bahawa sesuatu amalan yang dikerjakan oleh seseorang
begitu sukar sekali untuk mencapai kesempurnaan dalam makna ibadah dengan
ertikata yang sebenar-benarnya mengikut syarat-syarat dan ketentuan tersebut di
atas, oleh itu kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam mengusahakan amalan kita
supaya dapat mencapai matlamat ibadah yang sempurna dengan menyempurnakan
segala syarat-syaratnya.
Dan kita hendaklah sentiasa meneliti
dan memperhatikan dengan sungguh-sungguh agar kita tidak tertipu dengan amalan
kita sendiri; dengan menyangka kita telah banyak melaksanakan amal ibadah
dengan sempurna tetapi pada hakikatnya tidak demikian, kita takut akan
tergolong ke dalam golongan manusia yang tertipu dan sia-sia amalan kita dan
apa yang kita dapat hanyalah penat dan lelah. Ini kerana kita melakukan amalan
dan kerja-kerja kebajikan itu tidak menepati dan tidak selari dengan ketentuan
dan syarat-syarat ibadah dan amal soleh yang dikehandkki itu.
Dari itu disamping kita melaksanakan
segala amalan zahir dengan sempurna mengikut petunjuk dari Rasulullah saw. apa
yang lebih penting lagi ialah kita membetulkan amalan batin iaitu amalan hati
supaya betul iaitu niat dengan ikhlas, amalan itu semata-mata kerana Allah
tidak kerana yang lain dari-Nya. Dan kita juga hendaklah sentiasa menjaga
keikhlasan hati kita ini dari penyakit-penyakit yang boleh merusakannya seperti
riak, ujub, sum’ah, takabur dan sebagainya.
Kesimpulan secara mudah ialah seorang
lelaki yang memakai pakaian untuk menutup aurat dari kain sutra, dan perempuan
yang berpakaian meliputi badannya tetapi masih menampakan susuk badannya masih
lagi tidak dinamakan ibadah, atau seorang menderma dengan tujuan supaya dipuji
dan digelar sebagai dermawan atau seorang yang rajin bersembahyang dengan niat
tujuan supaya digelar sebagai ahli ibadah oleh manusia; itu semua tidak
termasuk dalam makna ibadah yang diterima oleh Allah swt.
Dengan demikian jelaslah kepada kita
segala amalan yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas itu tidak dikira
sebagai ibadah. Niat dan tujuan serta matlamat adalah sangat penting dalam
sesuatu amalan di samping amalan tersebut tidak bercanggah serta diakui sah
oleh syariat Islam.
Matalamat dan
Tujuan Ibadah
Sebagaimana kita
ketahui dan maklum bahawa pengutusan manusia ke dunia ini tidak lain melainkan
untuk beribadah (memperhambakan diri) kepada al-Khaliq, Allah Yang Maha
Pencipta dan juga kita telah mengetahui bahawa pengertian ibadah dalam Islam
merangkumi semua bidang amalan dalam kehidupan manusia.
Dan di sini
timbul pertanyaan kenapa kita mengabdi menyembah Allah dan apakah matlamat
ibadah itu ? Apakah ada faedah untuk-Nya atau apa faedah yang boleh didapati
oleh seseorang hamba yang menyembah-Nya ?
Jawapannya ialah
bahawa Allah swt. Yang Maha Suci dan Maha Tinggi tidak mendapat sebarang faedah
dari ketaatan orang yang menyembah-Nya dan tidak memberi mudarat sedikitpun
dari keengganan orang yang menentang dan engkar kepada perintah-Nya.
Begitu juga
tidak menambahkan kuasa keagungan pemerintahan-Nya oleh puji-pujian orang yang
memuji-Nya dan tidak mengurangi keagungan kekuasaan-Nya oleh keengkaran
orang-orang yang mengengkari perintah-Nya.
Ini kerana Allah
Maha Kaya dan mempunyai segala-galanya kerana semua yang ada di alam ini
menjadi milik-Nya belaka sedangkan kita manusia adalah satu dari makhluk Allah
yang banyak itu, makhluk manusia ini terlalu kecil, hina dan miskin, serba
kekurangan dan sentiasa berhajat dan memerlukan kepada-Nya.
Allah, Dialah
Tuhan Maha Pemurah, Maha Mulia, Maha Penyayang serta bersifat Maha Memberi
kepada semua makhuk-Nya dan Dia tidak menyuruh kita mengerjakan sesuatu
melainkan perkara itu mendatangkan kebaikan bagi makhluk itu sendiri.
Firman Allah
swt. maksudnya:
“Sesungguhnya
Kami telah kurniakan hikmat (ilmu pengetahuan) kepada Luqman supaya dia
bersyukur kepada Allah dan sesiapa yang bersyukur, sebenarnya dia bersyukur
dagi faedah dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar, sesungghnya Allah Maha
Kaya lagi Terpuji”. (Luqman: 12)
Dari itu kita wajiblah mensyukuri
segala nikmat dan kurniaan Allah swt. kepada kita semua yang mana sekiranya
kita hendak menghitugnya sudah tentu kita tidak mampu untuk berbuat demikian,
begitulah besar dan banyaknya pemberian Allah kepada kita semua sebagai
makhluk-Nya.
Kelazatan
Bermunajat dan Mentaati Allah
Kelazatan beribadah ini dapat
digambarkan dari beberapa peristiwa yang berlaku kepada baginda Rasulullah saw.
para sahabat, tabi’in dan para solihin, kelazatan ini akan timbul apabila
adanya hubungan hamba dengan Tuhannya yang begitu erat dan di mana seorang
hamba begitu gembira dan begitu senang memuji-muji kebesaran Allah swt. ini
semua berlaku dari sebab makrifat-nya (kenalnya) seseorang hamba itu kepada
Tuhannya sehingga hamba itu merasa
rindu apabila ia tidak dapat menghadap Tuhannya, dan merasa gelisah kerana
tidak dapat bertemu dengan yang dicintai dan dikasihinya. B begitu juga apabila
seorang hamba mengalami sedikit kesusahan tentulah ia akan mengadu ketempat
yang dapat menerima pengaduan dan boleh menyelesaikan masalah dan kesusahannya.
Tiada tempat yang layak untuk berbuat demikian melainkan kepada Yang Maha Agung
dan Maha Berkuasa.
Firman Allah
swt. maksudnya:
“Demi sesungguhnya Kami mengetahui
bahawa engkau (Muhammad) bersusah hati dengan apa yang mereka katakan maka
hendaklah engkau bertasbih memuji Tuhanmu serta jadilah dari golongan
orang-orang yang sujud beribadah dan sembahlah Tuhanmu sehingga tiba kepadmu
perkara yang tetap (iaitu mati)”. (al-Hijr: 97-99)
Begitu juga di
waktu orang-orang mukmin mendapat kurnia ia bersyukur seterusnya memuji kepada
Allah swt. Firman Allah swt. maksudnya:
“Bila datang pertolongan Allah dan
kemenangan (pembukaan Makkah) dan engkau lihat manusia berduyun-duyun masuk
agama Allah swt. maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah
ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia suka menerima taubat”. (an-Nasr: 1-4)
Ibadah Hanya
Untuk Allah
Pada hakikatnya pengabdian terhadap
Allah swt. merupakan suatu kebebasan yang hakiki, jalan bagi mencapai kepada ketuannan
yang sejati, kerana Allahlah yang boleh membebaskan hati nurani manusia dari
perhambaan kepada sebarang makhluk dan memerdekakannya dari perhambaan dan
kehinaan serta tunduk kepada yang lain dari Allah seperti tunduk kepada
Tuhan-Tuhan palsu, berhala, manusia yang selalunya memperhamba dan mengongkong
keyakinan manusia dengan sekuat-kuatnya miskipun pada lahirnya mereka bertindak
seperti tuan yang bebas dan merdeka.
Penghambaan diri kepada Allah itu
membebaskan manusia daripada perhambaan sesama makhluk kerana dalam hati
manusia ada keperluan sejati kepada Allah, kepada Tuhan yang disembah yang mana
dia bergantung kepadanya dan berusaha serta bekerja untuk mencapai
keredaan-Nya. Jika yang disembah itu bukan Allah Yang Maha Esa tentulah manusia
akan meraba-raba meyembah bermacam-macam Tuhan dari setiap objek benda dan
khayalan yang ada dalam pemikiran dan yang berada di sekeliling mereka.
Tidak ada
sesuatu pekerjaan yang paling mulia bagi manusia yang berakal selain dari
beribadah menyembah Allah yang menciptanya dan menjadikan dirinya dengan
sebaik-baiknya dan perkerjaan yang seburuk-buruknya kepada seorang manusia itu
pula ialah menafi dan mendustakan Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka menyembah
dan mengabdikan diri mereka kepada Tuhan yang lain dari Allah swt.
Seorang hamba abdi yang taat kepada
tuannya tentulah akan merasa senang dan gembira kerana ia tahu apa yang disukai
oleh tuannya lalu disempurnakannya suruhan itu dengan segala senang hati dan
disempurnakan dengan sebaik-baiknya. Manakala seorang hamba yang dimiliki oleh
beberapa orang tuan selalu bertelingkah antara sesama mereka; yang satu
menyuruh hamba itu melakukan sesuatu yang ditegah oleh yang lain, maka alangkah
susah dan deritanya hamba tersebu itu untuk melakukan perintah-perintah Tuhan
yang saling bertentangan perintahnya antara satu Tuhan dengan Tuhan yang lain.
Kalau orang yang
menyembah selain dari Allah menjadi musyrik (kafir di- sebabkan ia melakukan
perbuatan syirik), maka begitulah juga orang yang takabur menjadi musyrik (orang
syirik), sebagaimana Firaun kerana kesombongan dan takaburnya, sebagaimana
firman Allah swt. bermaksudnya:
“Nabi Musa as. berkata: “Sesungguhnya aku
berlindung kepada Tuhanku dan Tuhan kamu daripada perbuatan orang yang takabur
yang tidak percaya hari Perhitungan”, demikianlah Allah meterikan setiap hati
orang yang takabur lagi bermaharajalela”. (al-A’raf: 27)
Kajian menunjukan bahawa semakin
besar keangkuhan seseorang yang enggan tunduk dan patuh beribadah (mengabdi
diri) kepada Allah, semakin besar kesyirikannya dengan Allah, Kerana menurut
kebiasaannya semakin banyak takabur tidak mahu menyembah Allah semakin
bertambahlah pergantungan manusia itu terhadap makhluk yang dicintainya yang
menjadi pujaan utama bagi hatinya; yang demikian mereka akan menjadi musyrik
dengan sebab menjadikan dirinya hamba (menyembah) kepada selain dari Allah swt.
Hati atau keyakinan manusia tidak
akan terlepas dari perhambaan kepada makhluk kecuali mereka menjadikan Allah
sebagai Tuhannya yang sebenar dan sejati, tiada Tuhan yang disembah melainkan
Allah, tiada tempat bergantung dan meminta pertolongan melainkan dari-Nya,
Tidak merasa gembira melainkan dengan apa yang disukai dan diredai-Nya, Tidak
ia benci melainkan apa yang dibenci oleh Allah, tidak ia memusuhi kecuali orang
yang Allah memusuhinya, tidak ia kasih melainkan kepada orang yang di kasihi
oleh Allah, tidak ia memberi kecuali kerana Allah dan tidak ia melarang kecuali
kerana Allah.
Semakin tulus keikhlasan seseorang
itu kepada Allah maka semakin sempurnalah ubudiyahnya (perhambaanya) kepada
Allah dan terlepas dari pergantungannya kepada sesama makhluk, dengan sempurna
ubudiyahnya kepada Allah maka sempurnalah kesuciannya dari sifat syirik.
Tidak Harus
Kepentingan Dunia Dijadikan Tujuan Ibadah
Samasekali tidak sesuai dengan
tujuan Islam yang suci di mana tujuan atau kepentingan dunia menjadi matlamat
dalam amalan atau ibadah seseorang, ataupun kepentingan dunia atau
faedah-faedah dunia menjadi pendorong seseorang untuk melakukan printah ibadah
kepada Allah swt.
Begitu juga kalau tujuan beramal dan
beribadah kepada Allah swt. untuk mendapatkan kesucian jiwa dan dengan itu
dapat mengembara ke alam arwah dan dapat melihat malaikat serta dapat melakukan
sesuatu yang luar biasa, mendapat keramat (kemuliaan) dan ilmu ladunni.
Semuanya ini disangkal oleh para
ulamak dengan katanya: “Yang demikian adalah terkeluar daripada jalan ibadah,
Ia merupakan ramalan kepada ilmu atau perkara ghaib, malah akan menjadi ibadah
kepada Allah itu sebagai jalan menuju ke arah demikian yang mana pada akhirnya
lebih hampir kepada meninggal ibadah.”Orang-orang yang beribadah dengan maksud
yang demikian termasuk di bawah pengertian ayat al-Quran yang maksudnya:
“Sebagian daripada manusia yang
menyembah Allah secara tidak tetap, bila mendapat kebaikan dia teruskan dan
bila terkena kesusahan dia berpaling tadah. Rugilah dia di dunia dan di
akhirat. Itulah kerugian yang amat nyata”. (al-Hajj: 11)
Begitulah
keadaan orang yang beribadah dengan tujuan mendapatkan faedah-faedah dunyawi
jika sampai dan berhasil tujuan dan kehendaknya bergembiralah dia dan kuatlah
tujuannya tetapi lemahlah ibadahnya jika tujuannya tidak berhasil dia
meninggalkan ibadah itu.
Rahasia-rahasia
ibadah
a. Gerakan
Shalat
Adalah ibadah shalat yang secara
khusus yang perintahnya melalui sebuah peristiwa yang sangat luar biasa yang
dikenal dengan "ISRA’ Mi’ RAJ yang kisahnya sebagian dilukiskan dalam QS
Al Isra’ ayat 1. Berbeda dengan ibadah-ibadah yang lain. Perintah shalat
terjadi tanpa diutusnya Malaikat Jibril turun ke bumi melainkan Nabi Muhammad
SAW sendiri hadir bertemu di ArsyNya Allah SWT.dzat yang sedang disembah.
Sebegitu pentingnya shalat ini
sampai Allah memberikan manfaat lebih di banding ibadah-ibadah lain, baik dari
segi kejiwaan maupun dari segi fisik, apabila shalat itu dilakukan dengan
sempurna.
Sebelum menyentuh makna bacaan
shalat yang luar biasa, termasuk aspek "olah rohani" yang dapat
melahirkan ketenangan jiwa. Secara gerakan shalat yang dicontohkan Rasulullah
SAW syarat akan hikmah dan bermanfaat bagi kesehatan. Syaratnya, semua gerakan
tersebut dilakukan dengan benar, thuma’ninah serta istiqamah (terus-menerus).
Dalam buku Mukjizat Gerakan Shalat
(Qultum Media, 2005). Madyo Wratsongko mengung-kapkan bahwa gerakan shalat
dapat melenturkan urat saraf, mengaktifkan sistem keringat dan sistem pemanas
tubuh. Membiasakan pembuluh darah halus di otak mendapatkan tekanan tinggi,
serta membuka pembuluh darah di bagian dalam tubuh (arteri jantung).
Sehingga analisa kebenaran
Rasulullah SAW dalam kisah diatas pendahuluan tadi "jika engkau berdiri
untuk melakukan shalat, maka bertak-birlah". Saat takbiratul ikhram, Nabi
Muhammad SAW mengangkat kedua tangannya sejajar dengan bahu (H.R. Bukhari). Di
hadits lain sejajar dengan telinga. Gerakan takbir (takbiratul ikhram) ini
dilakukan selanjutnya ketika rukuk dan ketika bangkit dari rukuk, apa maknanya?
Maka kita otomatis dada, memberikan aliran darah dari pembuluh balik yang
terdapat di lengan untuk dialirakan ke bagian otak pengatur keseimbangan tubuh,
membuka mata dan membuka telinga kita, sehingga keseimbangan tubuh terjaga.
"Rukuklah dengan tenang" (thuma’ninah).
Ketika ruku, Rasulullah SAW, meletakkan kedua telapak tangan di atas lutut
(H.R. Bukhari dari Sa’adib nu Abi Waqas). Apa maknanya? Rukuk yang dilakukan
dengan tenang dan maksimal, dapat merawat kelenturan tulang belakang yang
berisi sumsum tulang belakang (sebagai saraf sentral manusia) beserta aliran
darahnya. Rukuk juga dapat memelihara kelenturan tuas sistem keringat yang
terdapat punggung, paha dan betis belakang. Demikian pula tulang leher, tengkuk
dan saluran saraf memori dapat dijaga dengan mengangkat kepala secara maksimal
dengan mata menghadap ketempat sujud.
"Lalu bangunlah hingga engkau
berdiri tegak" apa maknanya? saat kita berdiri dari rukuk dengan
mengangkat kedua tangan (i’tidal) darah dari kepala akan turun kebawah,
sehingga pangkal otak yang mengatur keseimbangan berkurang tekanannya.
"Selepas itu sujudlah dengan
tenang" apa maknanya? Bila dilaksanakan dengan benar dan lama. Sujud dapat
memaksimalkan aliran darah dan oksigen ke otak atau kepala, termasuk ke mata,
telinga, leher dan pundak, serta hati. Cara seperti ini efektif untuk
membongkar sumbatan pembuluh darah di jantung, sehingga dapat meminimalisir
resiko jantung koroner.
"Kemudian bangunlah hingga
engkau duduk dengan tenang". Apa maknanya? Cara duduk diantara dua sujud
dapat menyeimbangkan ubuh kita. Selain itu, juga dapat menjaga kelenturan saraf
di bagian paha dalam, cekungan lutut, cekungan betis sampai jari-jari kaki.
Akhirnya marilah kita contoh
seoptimal mungkin perilaku abi Muhammad SAW, termasuk cara shalatnya insya
Allah pasti membawa kebaikan.
b. Rahasia
Puasa
Sebagai muslim yang sejati,
kedatangan dan kehadiran Ramadhan yang mulia pada tahun ini merupakan sesuatu yang
amat membahagiakan kita. Betapa tidak, dengan menunaikan ibadah Ramadhan, amat
banyak keuntungan yang akan kita peroleh, baik dalam kehidupan di dunia maupun
di akhirat kelak.
Disinilah letak
pentingnya bagi kita untuk membuka tabir rahasia puasa sebagai salah satu
bagian terpenting dari ibadah Ramadhan.
Dr. Yusuf
Qardhawi dalam kitabnya Al Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahasia
puasa yang bisa kita buka untuk selanjutnya bisa kita rasakan kenikmatannya
dalam ibadah Ramadhan.
a.Menguatkan Jiwa.
Dalam hidup
hidup, tak sedikit kita dapati manusia yang didominasi oleh hawa nafsunya, lalu
manusia itu menuruti apapun yang menjadi keinginannya meskipun keinginan itu
merupakan sesuatu yang bathil dan mengganggu serta merugikan orang lain.
Karenanya, di dalam Islam ada perintah untuk memerangi hawa nafsu dalam arti
berusaha untuk bisa mengendalikannya, bukan membunuh nafsu yang membuat kita
tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu yang bersifat duniawi. Manakala
dalam peperangan ini manusia mengalami kekalahan, malapetaka besar akan terjadi
karena manusia yang kalah dalam perang melawan hawa nafsu itu akan mengalihkan
penuhanan dari kepada Allah Swt sebagai Tuhan yang benar kepada hawa nafsu yang
cenderung mengarahkan manusia pada kesesatan. Allah memerintahkan kita
memperhatikan masalah ini dalam firman-Nya yang artinya: Maka pernahkah kamu
melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah
membiarkannya sesat
berdasarkan
ilmu-Nya (QS 45:23).
Dengan ibadah
puasa, maka manusia akan berhasil mengendalikan hawa nafsunya yang membuat
jiwanya menjadi kuat, bahkan dengan demikian, manusia akan memperoleh derajat
yang tinggi seperti layaknya malaikat yang suci dan ini akan membuatnya mampu
mengetuk dan membuka pintu-pintu langit hingga segala do’anya dikabulkan oleh
Allah Swt, Rasulullah Saw bersabda yang artinya:
Ada tiga
golongan orang yang tidak ditolak do’a mereka: orang yang berpuasa hingga
berbuka, pemimpin yang adil dan do’a orang yang dizalimi (HR. Tirmidzi).
b.Mendidik
Kemauan.
Puasa mendidik
seseorang untuk memiliki kemauan yang sungguh-sungguh dalam kebaikan, meskipun
untuk melaksanakan kebaikan itu terhalang oleh berbagai kendala. Puasa yang
baik akan membuat seseorang terus mempertahankan keinginannya yang baik,
meskipun peluang untuk menyimpang begitu besar.
Karena itu,
Rasulullah Saw menyatakan: Puasa itu setengah dari kesabaran. Dalam kaitan ini,
maka puasa akan membuat kekuatan rohani seorang muslim semakin prima. Kekuatan
rohani yang prima akan membuat seseorang tidak akan lupa diri meskipun telah
mencapai keberhasilan atau kenikmatan duniawi yang sangat besar, dan kekuatan
rohani juga akan membuat seorang muslim tidak akan berputus asa meskipun
penderitaan yang dialami sangat sulit.
c.Menyehatkan
Badan.
Disamping
kesehatan dan kekuatan rohani, puasa yang baik dan benar juga akan memberikan
pengaruh positif berupa kesehatan jasmani. Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh
Rasulullah Saw, tetapi juga sudah dibuktikan oleh para dokter atau ahli-ahli
kesehatan dunia yang membuat kita tidak perlu meragukannya lagi. Mereka
berkesimpulan bahwa pada saat-saat tertentu, perut memang harus diistirahatkan
dari bekerja memproses makanan yang masuk sebagaimana juga mesin harus
diistirahatkan, apalagi di dalam Islam, isi perut kita memang harus dibagi
menjadi tiga, sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk
udara.
d.. Mengenal
Nilai Kenikmatan.
Dalam hidup ini,
sebenarnya sudah begitu banyak kenikmatan yang Allah berikan kepada manusia,
tapi banyak pula manusia yang tidak pandai mensyukurinya. Dapat satu tidak
terasa nikmat karena menginginkan dua, dapat dua tidak terasa nikmat karena
menginginkan tiga dan begitulah seterusnya. Padahal kalau manusia mau
memperhatikan dan merenungi, apa yang diperolehnya sebenarnya sudah sangat
menyenangkan karena begitu banyak orang yang memperoleh sesuatu tidak lebih
banyak atau tidak lebih mudah dari apa yang kita peroleh.
Maka dengan puasa, manusia bukan
hanya disuruh memperhatikan dan merenungi tentang kenikmatan yang sudah
diperolehnya, tapi juga disuruh merasakan langsung betapa besar sebenarnya
nikmat yang Allah berikan kepada kita. Hal ini karena baru beberapa jam saja
kita tidak makan dan minum sudah terasa betul penderitaan yang kita alami, dan
pada saat kita berbuka puasa, terasa betul besarnya nikmat dari Allah meskipun
hanya berupa sebiji kurma atau seteguk air. Disinilah letak pentingnya ibadah
puasa guna mendidik kita untuk menyadari tinggi nilai kenikmatan yang Allah
berikan agar kita selanjutnya menjadi orang yang pandai bersyukur dan tidak
mengecilkan arti kenikmatan dari Allah meskipun dari segi jumlah memang sedikit
dan kecil.
Rasa syukur memang akan membuat
nikmat itu bertambah banyak, baik dari segi jumlah atau paling tidak dari segi
rasanya, Allah berfirman yang artinya: Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu
memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasati Kami akan menambah
(nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya
azab-Ku sangat pedih (QS 14:7).
e.Mengingat dan
Merasakan Penderitaan Orang Lain.
Merasakan lapar dan haus juga
memberikan pengalaman kepada kita bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan
orang lain. Sebab pengalaman lapar dan haus yang kita rasakan akan segera
berakhir hanya dengan beberapa jam, sementara penderitaan orang lain entah
kapan akan berakhir. Dari sini, semestinya puasa akan menumbuhkan dan
memantapkan rasa solidaritas kita kepada kaum muslimin lainnya yang mengalami
penderitaan yang hingga kini
masih belum teratasi, seperti
penderitaan saudara-saudara kita di Ambon atau Maluku, Aceh dan di berbagai
wilayah lain di Tanah Air serta yang terjadi di berbagai belahan dunia lainnya
seperti di Chechnya, Kosovo, Irak, Palestina dan sebagainya.
Oleh karena itu, sebagai simbol dari
rasa solidaritas itu, sebelum Ramadhan berakhir, kita diwajibkan untuk
menunaikan zakat agar dengan demikian setahap demi setahap kita bisa mengatasi
persoalan-persoalan umat yang menderita. Bahkan zakat itu tidak hanya bagi
kepentingan orang yang miskin dan menderita, tapi juga bagi kita yang
mengeluarkannya agar dengan demikian, hilang kekotoran jiwa kita yang berkaitan
dengan harta seperti gila harta, kikir dan sebagainya. Allah berfirman yang
artinya: Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu
membersihkan dan mensucikan mereka dan mendo’alah untuk mereka. Sesungguhnya
do’a kamu itu (menjadi) ketentraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui (QS 9:103).
- Rahasia Zakat
Zakat merupakan
ibadah yang memiliki dimensi ganda, trasendental dan horizontal. Oleh sebab itu
zakat memiliki banyak arti dalam kehidupan ummat manusia, terutama Islam. Zakat
memiliki banyak hikmah, baik yng berkaitan dengan Sang Khaliq maupun hubungan
sosial kemasyarakatan di antara manusia, antara lain :
1. Menolong, membantu, membina dan membangun
kaum dhuafa yang lemah papa dengan materi sekedar untuk memenuhi kebutuhan
pokok hidupnya.Dengan kondisi tersebut mereka akan mampu melaksanakan
kewajibannya terhadap Allah SWT
2. Memberantas penyakit iri hati, rasa benci
dan dengki dari diri orang-orang di sekitarnya berkehidupan cukup, apalagi
mewah. Sedang ia sendiri tak memiliki apa-apa dan tidak ada uluran tangan dari
mereka (orang kaya) kepadanya.
3. Dapat mensucikan diri (pribadi) dari
kotoran dosa, emurnikan jiwa (menumbuhkan akhlaq mulia menjadi murah hati, peka
terhadap rasa kemanusiaan) dan mengikis sifat bakhil (kikir) serta serakah.
Dengan begitu akhirnya suasana ketenangan bathin karena terbebas dari tuntutan
Allah SWT dan kewajiban kemasyarakatan, akan selalu melingkupi hati.
4. Dapat menunjang terwujudnya sistem
kemasyarakatan Islam yang berdiri atas prinsip-prinsip: Ummatn Wahidan (umat
yang satu), Musawah (persamaan derajat, dan dan kewajiban), Ukhuwah Islamiyah
(persaudaraan Islam) dan Takaful Ijti'ma (tanggung jawab bersama)
5. Menjadi unsur penting dalam mewujudakan
keseimbanagn dalam distribusi harta (sosial distribution), dan keseimbangan
tanggungjawab individu dalam masyarakat
6. Zakat adalah ibadah maaliyah yang
mempunyai dimensi dan fungsi sosial ekonomi atau pemerataan karunia Allah SWT
dan juga merupakan perwujudan solidaritas sosial, pernyataan rasa kemanusian
dan keadilan, pembuktian persaudaraan Islam, pengikat persatuan ummat dan
bangsa, sebagai pengikat bathin antara golongan kaya dengan yang miskin dan
sebagai penimbun jurang yang menjadi pemisah antara golongan yang kuat dengan
yang lemah
7. Mewujudkan tatanan masyarakat yang
sejahtera dimana hubungan seseorang dengan yang lainnya menjadi rukun, damai
dan harmonis yang akhirnya dapat menciptakan situasi yang tentram, aman lahir
bathin. Dalam masyarakat seperti itu takkan ada lagi kekhawatiran akan hidupnya
kembali bahaya komunisme 9atheis) dan paham atau ajaran yang sesat dan
menyesatkan. Sebab dengan dimensi dan fungsi ganda zakat, persoalan yang
dihadapi kapitalisme dan sosialisme dengan sendirinya sudah terjawab. Akhirnya
sesuai dengan janji Allah SWT, akan terciptalah sebuah masyarakat yang baldatun
thoyibun wa Rabbun Ghafur.
Kesimpulan
Sebagaimana yang
telah kita faham sebelum ini runglingkup ibadah itu adalah terlalu luas
sebagaimana yang telah dijelaskan iaitu ibadah merupakan semua kegiatan hidup
manusia itu sendiri yang sesuai dengan syariat Islam yang suci dan murni itu,
oleh itu bolehlah difaham ibadah dalam Islam bermula sejak dari adab-adab masuk
ketandas mengerjakan qadha’ hajat hinggalah sampai kepada bagaimana cara
mengurus kewangan dan mentadbir negara.
Kegiatan hidup
manusia ini akan termasuk ke dalam makna ibadah yang diberi ganjaran dan
pembalasan pahala baik di akhirat apabila ia menepati dengan kehendak syarak,
tidak menyeleweng dari kehendak dan ketentuan Allah swt. dikerjakan mengikut
peraturan dan syarat-syaratnya, disertai pula dengan niat yang betul dan ikhlas
semata-mata dilakukan kerana mencari keredaan Allah swt. tidak kerana yang lain
dari-Nya, menghindarkan diri dari perasaan riak, (menunjuk-nunjuk), ingin
dipuji dan terkenal sebagai orang yang rajin, tekun, orang baik dan ingin
disebut-sebut sebagai ahli ibadah oleh orang ramai dan juga suka berbangga
dengan memberi tahu kepada orang lain akan amal kebajikannya. Ia juga hendaklah
menghindarkan diri dari merasa bangga kerana ia telah banyak berbuat kebajikan
dan berbuat amal ibadah.
Oleh itu ibadah
dalam Islam bukanlah terhad kepada amalan-amalan ibadah yang ritual semata-mata
seperti sembahyang, zikir, puasa, haji dan sebagainya yang disebut sebagai
ibadah khusus, tetapi ibadah merangkumi, kerja-kerja kemasyarakatan dan sosial,
mencari rezki, sahinggalah kepada mengurus dan mentadbir negara; semuanya itu
akan menjadi ibadah sekiranya ia dilakukan menurut cara dan kehendak Islam
serta niat dari hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah swt.
Materi Pendidikan Agama II lainnya:
No comments:
Post a Comment